Misi Sampul Merah! SWM Kasih santuni warga emas sempena Tahun Baharu Cina! Untuk kongsi kegembiraan

...

MELAKA, 18 February 2026

SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi penganjuran Program SWM Kasih santun komuniti, dengan menyantuni 18 orang warga emas di Rumah Sejahtera Bukit Baru, Kampung Bukit Pulau, bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina. 

“Program SWM Kasih Misi Sampul Merah ini merupakan inisiatif tahunan SWM Environment sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap kebajikan golongan warga emas yang memerlukan menjelang musim perayaan,” kata Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin. 

Beliau berkata, sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, SWM Environment memilih untuk berkongsi kegembiraan bersama golongan warga emas yang kurang bernasib baik agar mereka turut merasai kemeriahan perayaan dalam suasana penuh kasih sayang.

Program SWM Kasih Santun ini dianjurkan oleh SWM Environment dengan kerjasama Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM) Negeri Melaka, Daerah Melaka Tengah, dan telah diserikan dengan kehadiran Datuk Ridhwan Mohd Ali, Pengerusi Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM) Negeri Melaka dan Norzaki Md Nor, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka. 

“Melalui pelaksanaan Program SWM Kasih, kami sentiasa komited menghulurkan bantuan kepada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang. 

Usaha ini bukan sahaja bertujuan meringankan beban, malah memperkukuh nilai kemanusiaan sejajar dengan usaha menyokong agenda kesejahteraan rakyat dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat majmuk, seiring dengan aspirasi pembangunan sosial yang inklusif. 

“SWM Environment sedia tampil dalam menyokong inisiatif kebajikan yang memberi manfaat langsung kepada golongan warga emas yang memerlukan. 

"Diharapkan sumbangan ini dapat membawa keceriaan dan membantu para penerima menyambut Tahun Baharu Cina dalam suasana yang lebih bermakna,” katanya lagi. 

Sebagai syarikat konsesi bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan turut menghargai kerjasama semua pihak dalam mengekalkan kebersihan persekitaran dan kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan bersama.

https://kitareporters.com/niaga/J0dNxXNmaL