SWM ENVIRONMENT GERAKKAN 1,200PEKERJA KEBERSIHAN SEPANJANGTAHUN BAHARU CINA
SEREMBAN, 13 February 2026
SWM Environment Sdn Bhdmenggerakkan kira-kira 1,200 tenaga kerja bagi memastikanoperasi perkhidmatan kebersihan dan pengurusan sisa pepejalberjalan lancar sepanjang dua hari sambutan Tahun Baharu Cinadi seluruh kawasan perkhidmatannya.
Pengurus Besar Korporatnya Mohd Norlisam Mohd Nordin berkatajumlah itu membabitkan 1,060 pekerja dan 139 sub-kontraktoryang bertugas pada 17 Feb manakala 1,074 pekerja dan 139 sub-kontraktor akan digerakkan pada keesokannya.
“Bagi memastikan operasi berjalan lancar, sebanyak 179kenderaan kutipan sisa pepejal melibatkan lori kompaktor dan lori open tipper akan digunakan pada kedua-dua hari perayaan,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata SWM Environment mengenal pasti 103 lokasitumpuan utama melibatkan 62 tong sampah berpusat, 34kawasan rumah pangsa dan apartmen serta tujuh lokasi tumpuanpelancong yang memerlukan pemantauan khusus dan kutipanlebih kerap sepanjang musim perayaan.
Mohd Norlisam berkata di Port Dickson, pihaknya menyediakan 222tong sampah di 13 lokasi pantai utama termasuk Pantai TelokKemang, Pantai Cahaya Negeri, Pantai Bagan Pinang, PantaiSaujana, Pantai Cermin dan Pantai Tanjung Biru berikutanjangkaan peningkatan kehadiran pelancong dan pengunjung.
Beliau turut memohon kerjasama orang ramai supayamembungkus sisa dijana ke dalam beg sampah bersesuaian,diikat kemas dan dimasukkan ke dalam tong sampah beroda bagimenjaga kebersihan di sekitar tong sampah selain melancarkankerja kutipan.
Selain itu, beliau mengingatkan penduduk supaya meletakkankenderaan secara teratur dan tidak menghalang laluan lorikutipan sisa pepejal terutama pada hari jadual kutipan dan tidakmembakar mercun atau sisa mercun di dalam tong sampahberoda bagi mengelakkan risiko kebakaran.