AYUB JAMIL: ORANG RAMAI DISERU ASINGKAN SAMPAH DAN JAGA KEBERSIHAN

...

JOHOR BAHRU, 16 June 2020

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Ayub Jamil menyeru orang ramai untuk terus mempraktikkan kaedah Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dalam menguruskan sisa pepejal yang dihasilkan mereka. Beliau berkta demikian selepas menyantuni pekerja SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) sempena sambutan Hari Pekerja Pembersihan di sini. Dalam pada itu, Ayub merakamkan penghargaan kepada seluruh pekerja kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam serta berharap mereka terus komited berkhidmat dalam memastikan negeri Johor sentiasa bersih, indah dan selesa. Sebagai menghargai peranan dan sumbangan mereka, saya mengajak seluruh masyarakat di negeri Johor untuk bersama menguruskan sisa pepejal secara tertib dengan antaranya mempraktikkan kaedah Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan membudayakan amalan kitar semula, tambah beliau. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SWM Environment, Ho De Leong juga mengucapkan terima kasih kepada 5,810 orang pekerja kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri Johor yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam memastikan kebersihan persekitaran. Jelas beliau, mereka yang menjadi tulang belakang SWM Environment telah berkhidmat merentasi batas waktu, cuaca dan keadaan termasuk di barisan hadapan dalam memerangi penularan COVID-19 sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta turut terlibat melaksanakan Operasi Sanitasi Awam. Program Temu Mesra Hari Pekerja Pembersihan bersama anggota SWM Environment yang turut dihadiri oleh Pengarah SWCorp Negeri Johor, Cairul Hisham Jalaluddin.

http://