Kerajaan cadang tambah 300 pusat kitar semula pandu lalu bagi meningkatkan kadar kitar semula dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan rakyat
MELAKA, 12 October 2025
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pengurusan Sisa Pepejal (SWCorp), Khalid Mohamad, berkata agensi tersebut merancang untuk menambah 300 pusat kitar semula pandu lalu di seluruh negara, dengan lokasi tumpuan di pusat membeli-belah, pasar utama serta kawasan berpenduduk padat bagi memudahkan orang ramai menyertai aktiviti kitar semula.
Beliau berkata, rancangan ini dijangka dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dan diharap mendapat kelulusan serta sokongan kerajaan. Pada masa ini, lebih daripada 140 pusat kitar semula pandu lalu telah diwujudkan di seluruh negara. Selain pusat tersebut, agensi berkenaan juga giat melaksanakan pelbagai langkah lain bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal dan kebersihan awam, termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran “Program Komuniti Bandar Lestari: Karnival Komuniti MADANI” serta pelancaran Pusat Pandu Lalu KITARecycle di Pangsapuri Rakyat Sungai Putat, pagi tadi.
Khalid berkata, Pusat Kitar Semula Pandu Lalu di Pangsapuri Rakyat Sungai Putat akan menjalankan perkhidmatan kutipan bahan kitar semula setiap hari Rabu, dan dijangka dapat meningkatkan lagi kadar kitar semula di kawasan tersebut.
Beliau menyeru para penduduk supaya memanfaatkan perkhidmatan ini, kerana bahan buangan yang boleh dikitar semula boleh ditukar kepada wang tunai, sekali gus memberi pendapatan tambahan kepada penduduk serta membantu kerajaan mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke Tapak Pelupusan Sungai Udang.
Tambahnya, melalui program ini, para pemimpin dapat lebih mendekati rakyat serta memperkukuh hubungan dengan komuniti, di samping memupuk kesedaran tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan masyarakat.
Beliau turut menegaskan bahawa program ini merupakan platform penting untuk memacu pembangunan lestari komuniti, selain menggalakkan kerjasama erat antara masyarakat bagi membina sebuah negara yang inklusif, harmoni dan makmur bersama.
Beliau turut menegaskan bahawa program ini merupakan platform penting untuk memacu pembangunan lestari komuniti, selain menggalakkan kerjasama erat antara masyarakat bagi membina sebuah negara yang inklusif, harmoni dan makmur bersama.
Beliau berkata, antara tarikan utama program ini ialah pelancaran Pusat Pandu Lalu KITARecycle yang menggalakkan penyertaan aktif penduduk. Inisiatif ini bukan sahaja dapat menambah pendapatan sampingan, malah turut memperkukuh usaha ke arah pembangunan lestari komuniti.
Memandangkan Timbalan Menteri tidak dapat hadir, ucapan beliau telah dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Mohamad Hazril. Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Kerk Chee Yee; Pengurus Besar Korporat SWM Envirnment, Mohd Norlisam Mohd Nordin; serta Pengarah SWCorp Melaka, Nor Zaki Md Nor.