SWM ENVIRONMENT SDN BHD DAN PSTN BERSAMA-SAMA MEMPROMOSIKAN PROGRAM KITARECYCLE
(MUAR, 28 MAC)
SWM Environment telah bekerjasama dengan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
(PTSN), Pagoh dalam mempromosikan aktiviti aktiviti pemeliharaan dan
kelestarian alam sekitar melalui program KITARecycle.
Pengurus Besar
Korporat, SWM Environment, Tuan Haji Mohd Norlisam berkata, melalui aktiviti
ini, lebih 1000 orang telah mendaftar dan memuat turun aplikasi KITAReycle dan
telah berjaya mengumpulkan sebanyak 850 kg barangan kitar semula.
Tambahnya,
melalui aktiviti inovasi yang dijalankan melibatkan pelajar dan warga PTSN,
kita telah berjaya untuk menginovasikan barangan kitar semula kepada produk
yang boleh digunakan.
Selain itu,
sebanyak 6500 pelitup muka telah dikumpulkan untuk memberi kesedaran kepada
komuniti terhadap kesannya kepada persekitaran dan pendedahan cara yang betul
menguruskan sisa.
Antara aktiviti
yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah TikTok Challenge, kutipan barangan
kitar semula dan aktiviti pembersihan
pantai secara “plogging.”
SIN CHEW DAILY