Menteri Besar: Sehingga 15 Mac Memperuntukkan RM6.58 Juta Bantuan Kepada Mangsa Banjir
(Seremban, 18.03.2022) Menteri Besar Negeri
Sembilan, Datuk Seri Haji Aminuddin Bin Harun menyatakan bahawa bencana besar
telah berlaku pada tahun lalu. Sehingga Mac 15, pihak kerajaan negeri telah
memberikan bantuan kepada 6,584 keluarga yang terkesan dengan bencana tersebut.
Jumlah bantuan yang telah diberikan ialah RM6.58 juta.
Beliau memberitahu pada Disember 18, tahun
lalu, lapan buah negeri termasuk Negeri Sembilan mengalami bencana banjir dan
sejumlah 194 buah kawasan telah terjejas serta sehingga Januari tahun ini. Pada
14 Mac tahun ini, 5,071 isi rumah terjejas oleh banjir.
Beliau turut memberitahu bahawa kehidupan
rakyat terjejas oleh pandemik dan ditambah pula dengan bencana banjir yang
berlaku.
Oleh itu, bagi mengurangkan beban rakyat,
kerajaan negeri telah menyampaikan bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir yang
telah diperuntukkan oleh kerajaan pusat. Pada masa itu kerajaan negeri
memperuntukkan sejumlah RM5 juta bantuan kepada 5,000 mangsa bencana banjir sehingga
tahun ini. Pada 1 Mac sejumlah 6,584 mangsa bencana banjir telah menerima
bantuan tersebut.
Beliau menambah selepas banjir, kerajaan negeri
telah memperuntukkan RM12 juta sebagai bantuan kecemasan banjir untuk kerja
membaik pulih rumah dan infrastruktur, kerja pembersihan dan bantuan asas.
Dalam masa yang sama pada 29 Disember tahun lalu, kerajaan negeri telah
meluluskan peruntukan sebanyak RM39.6 juta bagi kerja membaik pulih jambatan,
jalan raya dan tebing.
Keluarga mangsa banjir turut menerima bantuan
barangan elektrik daripada SWM Environment.
Beliau berterima kasih kepada NGO, syarikat
swasta dan rumah ibadah atas bantuan pasca banjir yang telah diberikan kepada
mangsa banjir di beberapa kawasan dan institusi kebajikan kepada mangsa banjir
yang memerlukan bantuan. Dalam masa yang sama, beliau berterima kasih kepada
jabatan kerajaan atas kerjasama yang diberikan bagi memastikan pengurusan
bencana dapat dilaksanakan dalam membantu mangsa banjir yang terkesan.
Aminuddin yang juga Adun Sikamat, berada di
pusat khidmat beliau pada tengah hari ini dan menyampaikan sumbangan SWM
Environment kepada penduduk Adun Sikamat secara bersemuka.
Aminuddin berterima kasih kepada SWM
Environment atas sumbangan barangan elektrik kepada mangsa banjir tahun lalu.
Sejumlah 1,250 mangsa banjir menerima bantuan tersebut.
Beliau memberitahu ketika bencana tersebut
berlaku, SWM Environment turut menyumbang 250 buah mesin air bertekanan tinggi
(water jet) kepada pihak berkuasa tempatan untuk kegunaan pada masa akan
datang. Beliau juga turut berterima kasih kepada SWM Environment yang telah
menghantar sejumlah 266 pekerja dan 102 jentera pada masa itu bagi melaksanakan
kerja pembersihan pasca banjir.