18 Mar 2022
SWM Environment Sumbang Pelbagai Jenis Perkakasan Elektrik Kepada Mangsa Banjir
Aminuddin memberitahu bahawa syarikat SWM
Environment Negeri Sembilan telah menyumbang pelbagai jenis perkakasan elektrik
kepada mangsa banjir tahun lalu. Dianggarkan bahawa 1,250 buah keluarga telah
terjejas dengan bencana banjir dapat dibantu dan mengurangkan bebanan mereka.
Adun Sikamat kini merupakan penerima pertama
menerima sumbangan barangan elektrik yang disumbangkan oleh syarikat.
Beliau memberitahu bahawa SWM Environment turut
menggerakkan 266 anggota kerja dan 102 jentera bagi melaksanakan kerja-kerja
pembersihan banjir.
Turut menyumbang 250 buah jentera air
bertekanan tinggi (water jet) kepada PBT dan agensi kerajaan agar mereka
dapat menggunakannya pada masa akan datang bagi melakukan kerja-kerja
pembersihan.