SWM ENVIRONMENT TAWAR PEKERJAAN KEPADA 150 GELANDANGAN
(JOHOR BAHRU,
14 MAC) SWM
Environment Sdn Bhd (SWM Environment) telah menganjurkan program tanggungjawab
sosial korporat (CSR), SWM Kasih Rakan Jalanan dengan mengagihkan sumbangan
berbentuk makanan dan perlindungan diri serta melaksanakan Inisiatif Pemadanan
dan Penawaran Kerja bersama 150 orang gelandangan di kawasan Pusat Bandar Johor
Bahru.
Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam bin Mohd Nordin
dalam satu kenyataan berharap agar sumbangan berjangka panjang tersebut dapat
membantu kelangsungan hidup gelandangan di sekitar kawasan perkhidmatan SWM
Environment.
Program yang dianjurkan di Pusat Agihan Makanan
Gelandangan Johor Bahru tersebut membabitkan seramai 15 orang sukarelawan SWM
Kasih dengan mendapat kerjasama daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
Malaysia.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Khidmat Masyarakat dan
Kesihatan PBSM, Datuk Mohd Rashidi Mohd Nor dan Pengurus Kawasan Servis SWM
Environment Johor Selatan 2, Encik Mohd Asrif Samion.