Kongsi Kod QR Kelab Lions Seremban Central. Kitar Semula Juga Boleh Menjadi Kerja Amal Kebajikan

(Seremban, 13.03.2022) Kempen Trash For Cash boleh menjadi kerja amal kebajikan.

Kelab Lions Seremban Central, Persatuan Penduduk Taman Sri Carcosa dan SWM Environment bekerjasama mempromosikan aktiviti penjagaan alam sekitar dengan menyediakan stesen kitar semula di kawasan perumahan tersebut bagi menukarkan barangan kitar semula terkumpul kepada wang tunai. Wang tersebut akan didermakan kepada Kelab Lions Central bagi tujuan kerja-kerja kebajikan.

Tan Lee Koon: Insentif Didermakan Terus Ke Kelab Lions.

Majlis perasmian pada petang itu dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga Dan Kebajikan merangkap Adun Bukit Kepayang, YB Puan Nicole Tan Lee Koon menyatakan bahawa SWM Environment telah melancarkan program KITARecycle beberapa tahun lalu bagi membolehkan orang ramai menukarkan sisa kitar semula kepada wang tunai.

Dibawah program ini, orang ramai hanya perlu mengasingkan barangan kitar semula dan melekatkan kod QR eksklusif di bungkusan barangan kitar semula dan menghantar barangan kitar semula tersebut di 14 buah lokasi sangkar kitar semula bagi mengumpul mata ganjaran kitar semula dan mata ganjaran terkumpul boleh ditunaikan.

Idea ini lebih sesuai untuk melakukan kerja kebajikan, dimana penduduk di kawasan ini akan berkongsi kod QR yang sama dibawah akaun Kelab Lions Seremban Central dan menderma barangan kitar semula bagi tujuan aktiviti kebajikan.

Beliau memberitahu Kelab Lions Seremban Central telah mencadangkan untuk melaksanakan program ini di kawasan perumahan dibawah Dun Bukit Kepayang. Beliau amat mengalu-alukannya dan meminta ada wakil melaksanakan pemantauan supaya lebih teratur.