08 Mar 2022
SUMBANGAN SWM KASIH BANTU RUMAH SEJAHTERA SENAI
(JOHOR BAHRU,
7 MARCH) SWM
Environment Sdn Bhd (SWM Environment) meneruskan program tanggungjawab sosial
korporat, Ziarah SWM Kasih Misi Sampul Merah bersama warga emas dari Rumah
Sejahtera Senai yang menjadi destinasi terakhir inisiatif berkenaan sempena sambutan
Tahun Baharu Cina pada tahun ini.
Menerusi program tersebut, SWM Environment telah
menyalurkan sumbangan wang tunai SWM Kasih berjumlah RM1,000 bersama barangan
keperluan makanan dan perlindungan kesihatan kepada pengurusan rumah kebajikan
berkenaan.
Program SWM Kasih Misi Sampul sebelum ini turut
diedarkan kepada 50 keluarga berpendapatan rendah dan terjejas banjir dari
Mukim Mersing baru-baru ini.