GOLONGAN MISKIN, MANGSA BANJIR TERIMA KOTA MAKANAN SWM KASIH

(MERSING, 23 FEBRUARI) SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) telah mengagihkan barangan keperluan dapur kepada 50 keluarga berpendapatan rendah dan terjejas banjir dari sekitar Mukim Mersing.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, pengagihan sumbangan SWM Kasih tersebut bukan sekadar untuk berkongsi kemeriahan perayaan Tahun Baharu Cina malah bagi membantu mangsa banjir meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Mohd Norman Noh yang turut serta mengagihkan sumbangan SWM Kasih tersebut berkata, kerjasama strategik tersebut mampu membantu golongan miskin bandar di sekitar kawasan pentadbiran MDM.