SWM Environment Bantu Pembersihan Pasca Banjir di Melaka

MELAKA, 23 Dis - Syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) melancarkan kerja-kerja pembersihan pascabanjir di 11 kawasan di Alor Gajah dan Melaka Tengah yang terjejas dengan bencana tersebut sejak Selasa lalu.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Nortisam Mohd Nordin berkata ia membabitkan empat kawasan d1 Alor Gajah iaitu Taman W1ra lndah, Pekan Lubok Cina, Taman Seri Bayu 2 dan Balai Polis Lubok Cina dan tujuh kawasan di Melaka Tengah melibatkan Kampung Morten, Taman Melaka Baru, Taman Bukit Beruang Bistari, Taman Melawis, Taman Murai Jaya, Taman Angkasa Nuri dan Taman Merdeka Jaya.

“Operasi bantuan pascabanjir yang dijalankan di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini mengutamakan kerja-kerja kutipan sisa pukal dan pembersihan longkang dengan kekuatan 62 orang kakitangan dan 16 aset milik syarikat iaitu tiga lori Roro 16 tan, lima jentera penyembur, lima lori Ultra Whack dan tiga jentolak.

“Kerja-kerja pembersihan 1m perlu dilakukan dengan kadar segera bagi mengelakkan timbunan sampah sisa banjir yang boleh mendatangkan masalah lain seperti penyebaran penyakit dan pencemaran bau sekali gus dapat mengembalikan persekitaran yang lebih bersih dan selesa untuk penduduk yang terjejas," katanya.


Mohd Nortisam berkata operasi khas berkenaan dijangka mengambil masa beberapa hari bagi memastikan sisa banjir dapat dibersihkan dengan sempuma untuk dihantar ke tapak pelupusan.

Beliau berkata SWM Environment meminta kerjasama penduduk yang terjejas untuk mengumpulkan s1sa banjir seperti perabot yang rosak di hadapan rumah atau di lokasi yang mudah dilalui oleh jentera syarikat tersebut.

Katanya SWM Environment turut menempatkan Tong Sampah Beroda (TSB) d1 pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, Alor GaJah untuk memudahkan mangsa banjir yang berlindung di situ melupuskan sampah mereka bagi menjamin kebersihan kawasan PPS tersebut.

-BERNAMA