100 Peratus Pekerja SWM Environment Lengkap Vaksin
KUALA
LUMPUR 15 Dis – SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) telah mencapai tahap
100 peratus pekerja syarikat yang lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19
setakat Dis tahun ini.
Ketua
Pegawai Eksekutif SWM Environment Ho De Leong berkata, secara keseluruhan
seramai 8,031 pekerjanya yang melibatkan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan,
Melaka dan Johor kini sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19
“Sejak
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan, pelbagai langkah
proaktif telah dilaksanakan oleh pihak syarikat terutamanya bagi aspek
kesedaran dan penyebaran maklumat yang tepat kepada semua pekerja tentang
manfaat dan kebaikan vaksin COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah
De Leong, sebanyak 98 peratus atau seramai 3,996 orang pekerja kontraktor yang
dilantik oleh SWM Environment juga sudah lengkap menerima dua dos vaksin
COVID-19.
Katanya,
SWM Environment amat menghargai kerjasama erat yang diberikan oleh pihak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Perbadanan Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dalam memastikan kelancaran pemberian suntikan
vaksinasi sebelum ini.
“Jalinan
kerjasama erat akan diteruskan dengan semua pihak tersebut bagi memastikan
proses pemberian vaksin kepada baki pekerja-pekerja yang masih menunggu giliran
berjalan dengan lancar,” katanya.
Sementara
itu, pihak SWM Environment turut melaksanakan Inisiatif Pencegahan Jangkitan
COVID-19 secara berterusan melalui pengagihan Pek Perlindungan COVID-19 kepada
semua pekerjanya seperti pelitup muka dan kit ujian kendiri serta melaksanakan
proses nyahcemar semua jentera dan peralatan operasi kutipan sisa pepejal dan
pembersihan awam.
Langkah
pencegahan turut diambil melalui dasar kesihatan pekerjaan dengan menggunapakai
prosedur TRIIS (Ujian, Laporan, Asingkan, Maklumkan, Cari) bagi mengekang
rantaian jangkitan COVID19 dalam kalangan pekerja.
Pihak
SWM Environment ingin mengingatkan orang ramai untuk bersama-sama mematuhi
prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan di
samping menguruskan sisa berkaitan COVID-19 seperti pelitup muka dan kit ujian
kendiri secara tertib dengan memasukkan sisa-sisa tersebut ke dalam tong sampah
bagi menghindari risiko jangkitan
COVID-19 dalam kalangan pekerja pembersihan di lapangan.
Dengan
langkah ini, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan
berjalan lancar serta dapat memenuhi usaha kerajaan dalam meningkatkan aktiviti
ekonomi dan sosial yang telah dibuka semula di bawah Pelan Pemulihan Negara
(PPN).