SWM Kasih Christmas Gift Prihatin Sampaikan Sumbangan Barangan Keperluan Pusat Kebajikan Vinashini
Seremban, 16.12.2021 – Pandemik tidak menjejaskan kerja kebajikan.
SWM Environment Negeri Sembilan bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan
Vinashini menzahirkan keprihatinan kepada penghuni persatuan tersebut.
SWM Environment Negeri Sembilan telah melawat
Persatuan Kebajikan Vinashini dan menyampaikan sumbangan berupa barangan
keperluan persatuan tersebut dan juga wang tunai RM1,000.
Exco Negeri Sembilan, YB Teo Kok Seong
menyatakan kepada media selepas acara penyerahan, semasa pandemik COVID-19,
banyak syarikat telah mengurangkan belanjawan bagi aktiviti tanggungjawab
sosial korporat. Namun begitu, SWM Environment masih meneruskan aktiviti
tanggungjawab sosial korporat dan menzahirkan keprihatinan kepada golongan yang
memerlukan.
Persatuan Kebajikan Vinashini mempunyai 65
orang penghuni termasuk warga emas dan belia. Menjaga mereka bukan kerja mudah
dan ianya memerlukan dedikasi yang tidak mementingkan diri.
Derma Barangan Kitar Semula Untuk Kebajikan
Beliau memberitahu bahawa Persatuan Kebajikan
Vinashini bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk beroperasi dan beliau
turut mengumumkan sumbangan RM2,000 kepada persatuan tersebut sebagai penghargaan
atas usaha mereka.
Turut hadir Mohd Norlisam Mohd Nordin, Pengurus
Besar Korporat SWM Environment, Mohd Aminudin Hamid Abd Hanan wakil SWCorp
Negeri Sembilan dan Gobinathan A/L Kerisnan, Pengasas Persatuan Kebajikan
Vinashini.
Teo Kok Seong yang juga Pengerusi Jawatankuasa
Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru
turut menambah bahawa SWM Environment sedang giat mempromosikan program
KITARecycle di persatuan tersebut. Barangan kitar semula boleh ditukar dengan
wang tunai dan Persatuan Kebajikan Vinashini turut terlibat dalam program ini.
Beliau memberitahu bahawa persatuan tersebut
boleh mengumpulkan barangan kitar semula dan ditukarkan kepada tunai pada masa
akan datang. Program kitar semula juga mensasarkan promosi kepentingan
penjagaan alam sekitar dalam kehidupan kita.
Mohd Norlisam menyatakan orang ramai dan
penduduk berdekatan boleh melaksanakan kitar semula untuk kebaikan dengan
mendermakan barangan kitar semula kepada pusat kebajikan supaya mereka dapat
terus menikmati mata ganjaran. Bawa barangan kitar semula ke pusat kebajikan
dan membantu mengurangkan kos operasi mereka.