SWM Environment Minta Orang Ramai Melupuskan Pelitup Muka Dengan Baik

(Seremban, 10.06.2021) SWM Environment meminta orang ramai untuk menguruskan pelitup muka yang telah digunakan dengan baik bahi mengelakkan penyebaran virus COVID-19.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Norlisam mengeluarkan kenyataannya bahawa orang ramai perlu melupuskan pelitup muka terpakai dengan baik dengan memasukkannya ke dalam plastik sampah bagi mengelakkan orang lain daripada berisiko tinggi terkena jangkitan virus terutamanya bagi pekerja yang melakukan kutipan sampah.

Beliau memberitahu bahawa situasi pandemik semakin meruncing dan Kementerian Kesihatan Malaysia turut mewajibkan rakyat untuk memakai pelitup muka ketika di tempat awam dan penggunaannya sudah tentu meningkat. Oleh itu, kerjasama orang ramai amat diperlukan.

Dengan melupuskan pelitup muka, penyebaran virus dapat dikurangkan. Langkah yang diperlukan oleh orang ramai termasuklah pengurusan sisa pelitup muka dengan melipat dan mengikat pelitup muka sebelum memasukkannya ke dalam tong sampah.

Beliau memberitahu bahawa tindakan tersebut dapat mengurangkan risiko pekerja kutipan sampah, mengurangkan pencemaran dan menjaga kebersihan alam sekitar.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkhidmatan SWM Environment, sila hubungi talian 1-800-88-7472 atau WhatsApp di 012-6180082.