SWM Environment Meminta Orang Ramai Membawa Bekas Makanan Sendiri Bagi Mengurangkan Janaan Sisa Plastik

(Seremban, 27.06.2021) SWM Environment meminta orang ramai yang keluar membeli makanan atau minuman, membawa bekas sendiri, bekas makanan atau beg mesra alam semasa tempoh sekatan pergerakan.

Pengurus Besar Korporat, SWM Environment Sdn Bhd, Mohd Norlisam membuat kenyataan memberitahu bahawa kerajaan tidak membenarkan untuk makan di kedai dan makanan hanya boleh dibungkus atau dihantar, sudah pastinya akan meningkatkan penggunaan bekas makanan atau beg plastik.

Beliau memberitahu bahawa sisa plastik biasanya datang daripada bekas makanan dan minuman. Plastik mengambil masa sekurang-kurangnya 400 ke 500 tahun untuk terurai dan beliau berharap agar orang ramai yang keluar membeli makanan atau minuman, boleh membawa bekas makanan sendiri dari rumah.

Kita perlu memperkukuhkan tabiat ini dalam kehidupan seharian kita bagi mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar demi generasi masa hadapan.

Beliau menggesa orang ramai yang membuat tempahan bawa puloag untuk mengasingkan sisa makanan dan bekas minuman pastik agar dapat dikitar semula.

Beliau memberitahu sekiranya hal ini dapat dikurangkan, akan mengurangkan beban kepada pihak lain termasuk sampah yang dihantar ke tapak pelupusan akan terus menerus bertambah dan mengurangkan jangka hayat sesebuah tapak pelupusan.

Terlibat Dalam Kitar Semula

Dalam masa yang sama, pelepasan gas karbon ke ruang udara akan menyebabkan pencemaran udara dan merisikokan kesihatan dan keselamatan orang ramai yang melibatkan penyakit pernafasan.

Beliau meminta orang ramai di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor untuk bersama-sama bergiat aktif melaksanakan kitar semula di rumah dan mendaftar sebagai ahli KITARecycle iaitu sebuah program kitar semula berganjaran yang membolehkan ahli KITARecycle mengumpul mata kitar semula serta menebus wang tunai secara atas talian.

Orang ramai boleh melayari laman web kitarecycle.com untuk mendaftar sebagai ahli dan menerima kod QR untuk dicetak dan ditampal diatas bungkusan barangan kitar semula atau menulis nombor ahli agar dapat mengumpul mata kitar semula.

Ahli KITARecycle hanya perlu mengasingkan sisa kepada plastik, kertas dan lain-lain.