Sangkar Kitar Semula Di 18 Buah Lokasi Di Negeri Sembilan Membolehkan Orang Ramai Terlibat Dalam Program KITARecycle

(Seremban, 14.07.2021) SWM Environment Negeri Sembilan meletakkan sejumlah 18 sangkar kitar semula di 7 buah kawasan PBT di Negeri Sembilan dan melaksanakan program KITARecycle. Setiap lokasi diletakkan sangkar kitar semula bagi memberi kemudahan kepada pengguna untuk menghantar barangan kitar semula.

Mohd Norlisam, Pengurus Besar syarikat itu, menyatakan bahawa sangkar kitar semula diletakkan di setiap lokasi yang strategik. Langkah ini dilaksanakan bagi memudahkan dan menggalakkan pengguna untuk melaksanakan kitar semula dengan kerap. Dengan cara ini, pengguna bukan sahaja membudayakan amalan kitar semula tetapi dalam masa yang sama turut mengumpul mata ganjaran.

Beliau memberitahu bahawa mata ganjaran tersebut boleh ditukarkan kepada wang tunai seperti menjana kewangan daripada penjagaan alam sekitar, tetapi pengguna perlu memastikan menampal kod QR diatas bungkusan barangan kitar semula sebelum menghantar barangan tersebut ke sangkar kitar semula. Pengguna boleh mengumpul mata ganjaran tersebut.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai program KITARecycle, boleh melayari laman web syarikat untuk pertanyaan lanjut atau membuat panggilan di talian 1-800-88-7472 untuk sebarang pertanyaan.

Lokasi-lokasi sangkar KITARecycle adalah seperti berikut:

 

Daaerah Seremban:

1.      Pejabat operasi SWM Environment Sdn Bhd

2.      Majlis Bandaraya Seremban

3.      Majlis Bandaraya Nilai

4.      Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

5.      Surau Taman Ampangan

6.      Taman Arowana Indah

7.      Taman Bukit Chedang

8.      Kampung Sentosa Jaya

9.      Taman Sri Inai

10.   Taman Impiana Residence, Nilai

 

Daerah Jempol:

1.      Majlis Perbandaran Jempol

2.      Taman Meranti, Bahau

 

Daerah Rembau:

1.      Masjid Kariah Masjid Tanah Chembong

2.      Majlis Daerah Rembau

 

Daerah Tampin

1.      Majlis Daerah Tampin

 

Daerah Kuala Pilah

1.      Majlis Daerah Kuala Pilah

 

Daerah Port Dickson

1.      Majlis Perbandaran Port Dickson

 

Daerah Jelebu

1.      Majlis Daerah Jelebu