Guna Bekas Sendiri Untuk ‘Tapau’

(Berita Muar 9/4/2021) Sampah boleh ditukar jadi wang tunai sekiranya bijak mengklasifikasikan sampah yang boleh dikitar semula.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn. Bhd. Mohd Norlisam berharap agar orang ramai memanafaatkan program KITARecycle ini untuk mendapatkan ganjaran daripada sampah yang selalu dibuang.

Mohd Norlisam berkata, orang ramai hanya perlu muat turun aplikasi KITARecycle untuk mendapatkan fungsi penerangan, penghasilan kod QR unik dan penukaran mata ganjaran dengan barang yang dikitar semula. Dengan pengumpulan 400 mata ganjaran, orang ramai dapat menukarkannya kepada wang tunai sebanyak RM20.  

Mohd Norlisam berada di Hub Pendidikan Pagoh pada hari tersebut untuk Program Perasmian KITARecycle yang diadakan oleh SWM Environment Sdn. Bhd. dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Cawangan Pagoh) tersebut demikian.

Beliau berkata bahawa, merujuk kepada statistik, secara purata rakyat Malaysia menghasilkan satu kilogram sampah setiap hari. Sekiranya barang yang boleh dikitarsemula dapat dimanfaatkan, ia bukan sahaja dapat mendatangkan kekayaan malah dapat mengurangkan pembaziran sumber negara, meningkatkan kesedaran untuk menyayangi dan melindungi alam sekitar.

Beliau juga berkata bahawa SWM Environment ingin melancarkan program tersebut secara menyeluruh di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dan berharap agar orang ramai dapat menyertai program ini.

Beliau berkata, SWM Environment akan menyediakan tempat pengumpulan barangan kitar semula yang tetap di UTHM Batu Pahat dan Cawangan Pagoh.

Sempena program tersebut, pameran kenderaan SWM Environment, pameran kraf tangan dan kaunter untuk membantu orang ramai memuat turun aplikasi KITARecycle telah diadakan.

Turut hadir program tersebut termasuk Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn. Bhd. Mohd Norlisam, Ketua Perhubungan Awam SWM Environment Johor Utara Shahrul Amir, Pegawai Perhubungan Awam SWM Environment Johor Utara Choo Chiau Seng, Provost UTHM Cawangan Pagoh Mohd Kamarulzaki dan Pengarah Pejabat Kampus Lestari Aeslina Abdul Kadir.