SWM Environment Hantar Jengkaut Bagi Kerja Pembersihan Longkang Di Kampung Baru Ayer Kuning
(Tampin, 21.04.2022) SWM Environment telah
menghantar satu pasukan anggotan kerja dan jentera pembersihan bagi
membersihkan longkang besar di Kampung Baru Ayer Kuning dibawah usaha ahli
jawatankuasa kampung itu.
Zeng Guixing, Pengerusi Persatuan Penduduk
Kampung Baru, berpuas hati dengan kerja pembersihan yang dilaksaksanakan
selepas melakukan pemeriksaan longkang besar yang sebelum ini dipenuhi dengan
rumput, tanah dan pasir. Bagi pihak penduduk kampung, saya mengucapkan terima
kasih kepada Majlis Daerah Tampin dan SWM Environment.
Beliau menekankan bahawa sejak longkang
tersebut terhalang beberapa kali dan sekiranya tidak ditangani dengan segerea
akan menyebabkan air longkang melimpah apabila hujan turun secara berterusan
dan akan menjejaskan beberapa kawasan di dalam kampung ini serta mencetuskan
kemarahan orang awam pada masa itu.
Beliau memberitahu ramai penduduk kampung
pernah mengalami banjir dua kali tahun lepas disebabkan air longkang melimpah
dan berhadapan dengan kerugian. Sehingga hari ini, ingatan tersebut masih segar
dan mencetuskan panik kepada penduduk.