SWM ENVIRONMENT – MENANGI MATA GANJARAN KITARECYCLE SEMPENA RAMADAN
(JOHOR BAHRU,
7 APRIL 2022) Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin
memaklumkan bahawa SWM Environment telah memulakan Pelan Operasi Bulan Ramadan
dengan menyeru orang ramai untuk memanfaatkan Perkhidmatan Kutipan +1 bagi
menguruskan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula di samping
menjayakan Kempen Kitar Semula dan Menangi Mata Ganjaran menggunakan
KITARecycle sepanjang bulan Ramadan ini.
Dalam kenyataan pada hari ini, beliau memaklumkan bahawa janaan sisa pepejal dijangka meningkat pada bulan Ramadan ini dan seterusnya sempena perayaan Aidilfitri nanti susulan pelaksanaan Fasa Peralihan Ke Endemik COVID-19 baru-baru ini. Orang ramai diingatkan untuk melaksanakan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan menempatkan ketiga-tiga jenis sisa yang telah diasingkan di tepi tong sampah beroda (TSB) di kediaman masing-masing.
BERSAMA
LAKSANAKAN AMALAN 3R
Beliau turut mengajak orang ramai untuk menjayakan
Kempen Ramadan Rendah Karbon dengan memfokuskan kepada amalan 3R iaitu
pengurangan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle). Beliau turut menyeru orang
ramai untuk menyertai Kempen Kitar Semula dan Menangi Mata Ganjaran menggunakan
KITARecycle.
FOKUS
KEBERSIHAN BAZAR RAMADAN
Sementara itu, beliau juga memberitahu bahawa SWM
Environment melaksanakan operasi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan
pembersihan membabitkan 88 lokasi bazar Ramadan di negeri Johor sepanjang bulan
Ramadan pada tahun ini.
Tambah beliau, seramai 205 anggota SWM Environment dengan
sokongan 41 buah jentera kenderaan akan menyediakan perkhidmatan kebersihan di
bazar Ramadan tersebut setiap hari. SWM Environment turut menyediakan sebanyak
198 unit tong sampah beroda di Bazar Ramadan bagi memudahkan peniaga dan
pengunjung bazar menguruskan sisa buangan mereka.