Sediakan 197 Tong Sampah Untuk Kitar Semula.
(Lukut, 02.03.21)SWM Environment Sdn Bhd
meneruskan program KITARecycle sebuah program pengasingan sisa dipunca dan
aktiviti kitar semula di pantai dengan meletakkan 197 pelekat di tong sampah
120 liter di sepanjang pantai Port Dickson.
Menurut kepada akiviti yang bermula sejak 2018,
orang ramai hanya perlu memuat turun aplikasi KITARecycle untuk mendaftar
dengan SWM Environment dan akan diberikan pelekat kod bar eksklusif. Selepas
pelekat kod bar ditampal diatas bungkusan beg kitar semula, mereka akan
menghantarnya ke lokasi pengumpulan. Pekerja akan membuat kutipan dan
menghantarnya ke tempat pengumpulan barangan kitar semula, ahli yang berdaftar
akan mengumpulkan mata ganjaran dan menebusnya dalam bentuk hadiah, kupon atau
e-dompet.
Exco NS, Teo Kok Seong turut hadir ke majlis
pelancaran KITARecycle aktiviti pengasingan sampah dan kitar semula
menyatakannya. Promosi aktiviti di Port Dickson bukan sahaja mengelakkan
pengunjung membuang sampah secara sesuka hari tetapi menjaga kebersihan pantai
dengan baik dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pengasingan sampah.
Dalam masa yang sama, aktiviti ini digunakan untuk memberi ganjaran kepada
orang ramai sebaliknya daripada menerima denda akibat membuang sampah.
Turut sama hadir Mohamed Yusof, Pengarah SWCorp
dan Mohamed Zamri, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson.