SWM Environment Ganti Tong Sampah Rosak, Hanyut Akibat Banjir
JOHOR BAHRU – SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) akan menggantikan 398 tong sampah beroda (TSB)
yang rosak dan hanyut akibat banjir di 17 lokasi sekitar daerah ini.
Pengurus Besar Korporat, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, inisiatif penggangtian TSB itu dibuat bagi memastikan
operasi kutipan sisa pepejal tidak terjejas.
“Pengedaran TSB akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan seluruh rumah dan kedai di kawasan pihak
berkuasa tempatan (PBT) negeri Johor yang terjejas akibat banjir.
“SWM Environment memutuskan inisiatif penggantian TSB tersebut dilaksanakan secara terus ke rumah dan kedai
mangsa banjir berdasarkan maklumat yang dikumpulkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, pelaksanaan situ sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19 di Johor sekali gus bagi
memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dipatuhi.-K! ONLINE