SWM Environment Edar 73 Buah Tong Sampah Dan 7 Tong Sampah Untuk Mangsa Banjir.

(Seremban, 26.11.2020) SWM Environment Sdn Bhd mengedarkan 73 tong sampah beroda dan 7 tong sampah kepada mangsa banjir di Seremban.


Beberapa hari lalu, MCA mengesahkan bahawa tong sampah telah hanyut dibawa arus banjir dan penduduk yang terjejas masih tidak dapat tong sampah baru selepas 3 minggu serta menjejaskan kehidupan penduduk. Selepas beberapa hari, Adun Rahang, YB Mary Josephine dan Ahli Majlis, Suri telah mengadakan sidang media dan mengumumkan bahawa SWM Environment menyerahkan tong sampah beroda kepada penduduk.


Seterusnya, tong sampah akan diedarkan ke Kampung Chedang, Kampung Pasir, Kampung Semarak, Kampung Dato’ Mansor dan Kampung Singh.


Mary memaklumkan bahawa mengikut prosedur syarikat penggantian tong sampah memerlukan penduduk untuk memohon kepada syarikat dan menyertakan laporan polis. Pihak syarikat perlu membuat siasatan dan mengesahkan permohonan tersebut benar sebelum tong sampah baru diberikan kepada penduduk.


“Semasa banjir berlaku, keutamaan kita iadalah menyelamat dan membersihkan rumah mangsa. Apabila penduduk mula menjalani kehidupan seperti biasa, kami mengaturkan bantuan lain bagi mengambilkan langkah penyelesaian seterusnya seperti keperluan dapur, perabot dan tong sampah.”


Beliau memberitahu sejumlah 530 penduduk di Rahang terjejas dengan bencana tersebut. Tidak kesemua penduduk kehilangan tong sampah dibawa arus banjir. Ada penduduk tidak membuat permohonan, oleh itu pada masa ini syarikat hanya mengedarkan 73 tong sampah. Hari ini, fokus pengedaran akan dilaksanakan di Taman Happy dan Taman Moksum. Seterusnya ke lokasi lain. Terima kasih kepada Majlis Bandaraya Seremban dan SWM Environment atas bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir.


Suri juga berterima kasih kepada MCA atas perhatian isu penduduk yang masih menunggu penggantian tong sampah. Beliau akan terus membuat susulan bagi memastikan penduduk mendapat tong sampah.


Turut hadir di sidang media tersebut Pengurus Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan, SWM Environment, Dr Al’Ashari.