Hanyut Ketika Banjir. SWM Environment Edar Tong Sampah Baru.

(Seremban, 26.11.2020) Mangsa banjir yang mengalami kehilangan tong sampah hanyut ketika banjir di 7 taman dan kampung, menerima tong sampah baru diedarkan oleh SWM Environment dari hari ini.


Syarikat mengedarkan sejumlah 73 buah tong sampah berkapasiti 120 liter dan 7 buah tong sampah berkapasiti 240 liter hari ini kepada penduduk di Taman Happy dan Taman Mok Sum yang menghadapi bencana banjir.


Seterusnya, tong sampah akan diedarkan ke Kampung Chedang, Kampung Pasir, Kampung Semarak, Kampung Dato’ Mansor dan Kampung Singh.


Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban , Suri hari ini, bersama-sama Pengurus Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan, SWM Environment, Dr Al’Ashari dan kakitangan mengedarkan tong sampah kepada isi rumah.


Mary Josephine, Adun Rahang juga turut hadir membuat lawatan pagi ini.


Suri memberitahu ketika sidang media bahawa tong sampah perlu dipohon mengikut prosedur. Mangsa perlu mengemukakan laporan dan memerlukan tempoh masa untuk memohon serta mengaturkan tong sampah baru. Beliau membantah dakwaan MCA yang mengatakan tidak berbuat apa-apa.


Bermula pada bulan ini, hujan berterusan menyebabkan banjir di beberapa taman dan kampung di Seremban. Bukan sahaja barangan rumah yang dibawa banjir, malah tong sampah juga hanyut.


Mary Josephine memberitahu selepas banjir, beliau dengan segera menyediakan pelbagai bantuan kepada mangsa. Termasuklah membantu mangsa membersihkan rumah, mengedarkan barangan keperluan bagi membolehkan mangsa meneruskan kehidupan seperti biasa.


Tong sampah bagi 530 penduduk di 7 buah taman dan kampung telah hanyut ketika banjir. Penduduk taman dan kampung telah memohon tong sampah baru tetapi memerlukan pemprosesan mengikut prosedur. Oleh itu tertangguh sehingg hari ini SWM Environment telah memperuntukkan tong sampah baru.


Selepas banjir, Majlis Bandaraya Seremban dan SWM Environment menyediakan pelbagai bantuan kepada mangsa. Pada Khamis, SWM Environment mengedarkan tong sampah kepada penduduk Taman Happy dan Taman Mok Sum terlebih dahulu dan kemudian ke lokasi bencana yang telah membuat permohonan.