SWM ENVIRONMENT AGIHKAN PEK SWM KASIH

(ISKANDAR PUTERI, 24 NOVEMBER) SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) melalui entiti SWM Kasih telah menyumbangkan Pek SWM Kasih Deepavali kepada 50 keluarga berpendapatan rendah dari daerah Johor Bahru dan Kluang.


Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin memaklumkan, sumbangan SWM Kasih yang diagihkan sempena sambutan Deepavali baru-baru ini mengandungi barangan keperluan dapur dan pelitup muka bagi meringankan beban penerima sasaran.


Sumbangan SWM Kasih tersebut telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R. Vidyananthan dengan turut disertai Pengurus Wilayah Johor, Mohd Zan Arris dan Penolong Pengurus Komunikasi Korporat, Livingwater.