SWM ENVIRONMENT SERAH PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN JALAN KEPADA JKR

(JOHOR BAHRU, 17 NOVEMBER) SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) memaklumkan bahawa perkhidmatan pembersihan di 1,449 jalan di negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan telah diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bermula Januari lalu.


Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin memberitahu, sebarang aduan berkaitan kebersihan boleh disalurkan terus kepada pihak berkaitan.


Menurut beliau, syarikat konsesi dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam manakala pembersihan jalan adalah di luar skop perkhidmatan. Sehubungan itu, pihak berkaitan telah mengambil ketetapan untuk menyerahkan perkhidmatan pembersihan jalan kepada JKR.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, beliau memaklumkan penyerahan perkhidmatan tersebut membabitkan 231 jalan di negeri Johor, 1062 jalan di Melaka dan 156 jalan di Negeri Sembilan meliputi skop kerja penyapuan jalan, pembersihan longkang dan pemotongan rumput.