Syarikat SWM Environment Bantu Mangsa Banjir Dalam Kerja Pembersihan

(Seremban, 14.11.2020) Syarikat SWM Environment Sdn Bhd telah membantu mangsa banjir di Seremban membersihkan kawsan selepas ditimpa bencana agar kawasan setempat kembali pulih seperti biasa dengan segera.


Pengurus Wilayah SWM Environment Melaka & Negeri Sembilan, Dr Al’Ashari menyatakan bahawa pihak syarikat telah menghantar 57 anggota, 14 kenderaan Roll On, Roll Off (RORO), lima buah lori terbuka, tiga buah lori pukal dan dua buah jengkaut bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan selepas bencana.


Kerja-kerja pembersihan masih berlangsung dan beliau berharap agar penduduk yang terlibat dapat menjalani kehidupan seperti biasa dengan segera.


Dr Al’Ashari memberitahu bahawa kawasan yang terlibat termasuk Kampung Dato’ Mansor, Kampung Singh, Taman Happy, Taman Liew Siew, Ampangan, Taman England dan Taman Mok Sum. Kerja pembersihan dijalankan selepas bencana.


Dengan kedatangan Deepavali, pihak syarikat amat prihatin dengan kaum India dan menyampaikan hamper bernilai RM3,000 kepada mereka yang terlibat bagi membantu meringankan beban kepada mereka selepas dilanda musibah banjir. Pihak syarikat turut mengingatkan pekerja di lapangan untuk mematuhi SOP bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19.